Categories
Serba DigitalX

5 Aplikasi Telefon untuk anda cuba dan ianya percuma!

Ramai telah berkecimpung untuk menjadi content creator kerana pelbagai success story telah terbukti dari bidang ini.Ada antara mereka yang bermula dengan filem pendek seperti SyahmiSazli,Alief Irfan,Cupcake Aisyah dan ada antara mereka dengan merakamkan aktiviti harian atau bercuti vlog  dan banyak lagi kreativiti yang tercetus.

Trend ini tular juga dalam kalangan artis dan public figure yang menjadikan YouTube sebagai platform mereka untuk bercerita kisah mereka bersama peminat.

Anda juga boleh jadi seperti mereka! Jom muat turun 5 aplikasi ini yang memudahkan anda untuk edit video anda sendiri.

1)  ADOBE PREMIERE CLIP

Ia sangat berkualiti untuk video anda dan anda boleh berkongsi di laman sosial tanpa ragu-ragu tentang hasilnya.Adobe Premiere terkenal dengan pelbagai fungsi dan mod efek yang berbeza seperti taraf profesional.Jadi, tunggu apa lagi jom cuba edit pakai Adobe Premiere Clip sekarang!

2)  WONDERSHARE FILMORAGo

Filmora sangat sesuai dan mudah digunakan oleh sesiapa sahaja yang gemar untuk edit video dengan pantas.Ianya dilengkapi dengan pelbagai pilihan menarik untuk video anda seperti slow-mo,transisi,suara anda dan juga anda boleh membuat satu filem pendek daripada FilmoraGo akhirnya! Bagi anda untuk buat efek layar hijau juga sesuai bagi anda taw.

3)  Movie Maker Filmmaker

Ini juga salah satu aplikasi yang dekat dengan pengguna dan ianya percuma untuk anda.Sesuai untuk sesiapa yang baru belajar untuk edit video.

Aplikasi ini sangat canggih dan baik digunakan oleh anda seperti menyunting atau memotong video, efek, filter yang cantik tanpa manual editing.

4) KineMaster

KineMaster juga terdapat dalam senarai 5 aplikasi yang terbaik untuk anda guna bukan sahaja editng video malah untuk sunting audio juga.

KineMaster dipakai secara oleh pengguna iOS dan Android bagi menghasilkan video yang menarik untuk dikongsi di laman sosial.

5) QUIK

Buat anda yang buat vlog menggunakan GoPro,pastinya aplikasi ini memudahkan anda untuk sunting vlog travel anda dengan sekelip mata dapat anda kongsi pada rakan-rakan media sosial anda.

Quik bukan sahaja digunakan untuk pengguna GoPro malah ia dapat juga diakses oleh pengguna lain daripada kamera telefon anda sendiri.

Uniknya Quik sesuai dengan namanya adalah,ia terdapat olahan video untuk selingan sahaja secara fokus pada subjek di dalam video anda.

Apa tunggu lagi? Jom muat turun sekarang dan jadi kreatif di hujung jari dan di mana sahaja anda berada. Daftar masuk sebagai Komuniti Kreatif kami pada pautan ini https://www.cognitoforms.com/SerbaDigitalX/XLR8CommunityApplication

0 0 vote
Article Rating
+ posts
Syafiq Suhaimi

By

.Program Coordinator @SerbaDigitalX.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments