Categories
News

Walkabout Santai Esport Bersama Menteri Muda Belia & Sukan Sarawak..

Datuk Snowdan Lawan bersama-sama dengan , wakil daripada Serba Dinamik, Abdul Qaiyum Alidin dan Presiden Sarawak Esports Association (SESA),Afiq Fadhli Narawi.

Kota Samarahan: Buat julung kalinya YB Datuk Snowdan Lawan mengadakan lawatan di D-Virtual Park dan telah menzahirkan rasa kagum terhadap fasiliti yang terdapat disini. Mereka juga merasa bangga kerana Sarawak telah menjadi satu-satunya negeri pertama yang mempunyai tempat permainan e-sukan di Malaysia dan juga telah mendapat pujian oleh Menteri Belia dan Sukan Dato’ Sri Reezal Merican dalam Sidang Parlimen  tempoh hari.

Bersama-sama Datuk Snowdan Lawan ketika sesi sembang santai tersebut, wakil daripada Serba Dinamik, Abdul Qaiyum Alidin dan ditemani oleh Presiden Sarawak Esports Association (SESA),Afiq Fadhli Narawi di D-Arena,D-Virtual Park baru-baru ini. 

Belia luar bandar masih mempunyai kurang ilmu pengetahuan tentang permainan tersebut. Oleh yang demikian, mereka perlu didedahkan dengan lebih banyak pusat permainan sukan elektronik seperti yang terdapat di “D-Virtual Park” Kota Samarahan. Menteri muda Belia dan sukan Datuk Snowdan Lawan dalam kenyataan beliau mencadangkan untuk merancang satu lawatan ke “D-Virtual Park” terutama bagi pihak belia di luar bandar seperti Balai Ringin dengan anggaran 100 ke 200 orang peserta.

Snowdan menyatakan harapan beliau agar seluruh persatuan atau kelab e-sukan yang lain dengan persatuan sukan Elektronik Sarawak(SESA) sekiranya berhajat ingin mengadakan pertandingan dan kejohanan dan mampu memperoleh lebih banyak impak positif serta mendapat kelulusan daripada Kementerian Belia dan Sukan. Tambah Snowdan, sekiranya mereka memberi kerjasama sepenuhnya kepada Kementerian Belia dan Sukan(KBS), Pihak tersebut boleh membantu dari segi memberi peruntukan melalui (SESA).

0 0 vote
Article Rating
+ posts
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments