Categories
News

Terbaiklah! D’Virtual Park, Taman Tema VR Pertama Sarawak Kini Dibuka

D’Virtual Park yang terletak di Jalan Meranek, Kota Samarahan Sarawak yang juga taman tema realiti maya (VR) pertama di Borneo dibuka kepada orang ramai.

Namun kapasiti pengunjung akan dikurangkan dalam satu masa. Langkah itu sejajar dengan pelaksanaan prosedur keselamatan dan kesihatan ditetapkan kerajaan mengikut Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Mengikut prosedur terbabit, para pengunjung disyaratkan memakai penutup hidung dan mulut apabila memasuki premis serta mengamalkan penjarakan sosial manakala kakitangan taman akan bertindak mengendalikan orang ramai bagi sesi menikmati perjalanan atau pengembaraan secara realiti maya, ketika beratur serta di kafe.

Pengunjung yang ingin memasuki Taman Tema VR dengan kos bernilai RM13 juta ini juga perlu membuat tempahan tiket awal bagi mengelak beratur di pintu masuk dan sebelum memasuki taman. Selain itu, kod imbasan QR juga akan dilaksanakan bagi tujuan pengesanan kontak.

D-Virtual Park itu beroperasi dalam sembilan blok bangunan tiga tingkat yang menawarkan kira-kira 10 perjalanan pengembaraan hiburan secara realiti maya dengan VR Elevation D’Luxe terbukti antara yang paling popular. Tarikan lain termasuk VR Speed Cruiser, VR Quad Squad, VR Gyrate, VR D’Battleship, VR Knight Rider, VR Giant Slide, VR Trekker, VR Gatling Gun serta Enchanted Chamber.

Orang ramai juga berpeluang menikmati pengalaman hiburan seperti eSports Centre dan skrin layar Teater Hologram yang direka khusus serta memaparkan pengalaman sinematik paling berevolusi. Taman itu yang menyasarkan pengunjung berusia 15 hingga 45 tahun, turut menempatkan SD X Studio, SD X FabLab, SDX-Arena, GiGA Virtual-Cafe dan D-Tamu. Ia dibuka kepada orang ramai dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

0 0 vote
Article Rating
+ posts
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments