Categories
Event

“Dirgahayu Tuanku”

8 JUN 2020, Kuching – Sejarah terlakar apabila buat julung kalinya Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Peringkat negeri Sarawak dianjurkan menerusi inisiatif platform teknologi komunikasi seiring bagi menghadapi cabaran norma baharu pada ketika ini. Sambutan ini telah dibawakan secara langsungnya daripada Auditorium RTM Jalan P.Ramlee,Kuching dengan pelbagai slot yang menarik dan berbeza dengan sambutan sebelum ini yang lazimnya di sambut secara fizikal.

Antara slot yang dipaparkan termasuklah Nopeng,Monarki,Wajah Kesayangan Hamba,Putri Bumi Kenyalang, Surat untuk Tuanku dan lagu khas dinyanyikan oleh penyanyi terkenal Bob,anak jati Sarawak yang berjudul “Tuanku Teristimewa”.

Bagi tarian Nopeng dan video montaj Monarki, ia telah dibawakan oleh Serba DigitalX menggunakan fasiliti SDx Studio di Kota Samarahan.Simbolik perasmian Monarki ini telah dikuasakan oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dengan diserikan lagi dengan elemen digital dan teknologi.Video montaj Monarki itu bermula dengan menyelusuri sorotan Zaman Kesultanan Tanah Melayu,sistem beraja berperlembagaan,rukun Negara dan sorotan gabungan 3 entiti Semenanjung Malaysia,Sarawak dan Sabah.Dengan kelainan tarian Nopeng, elemen budaya dan tradisi telah diselitkan dengan paparan platform hologram bagi menginspirasikan semangat perpaduan kaum melalui tarian Nopeng ini.

“Inisiatif negeri Sarawak telah menyediakan persiapan rapi kepada rakyat bagi menuju ke arah norma baharu ini dengan mengamalkan teknologi digital dalam setiap pekerjaan dan urusan harian” kata YB Datuk Amar Jaul Samion,Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak pada temubual dalam rancangan khas itu.

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan Tahniah, Tuanku sempena sambutan Hari Keputeraan Rasmi dan sembah takzim daripada kami, Serba Dinamik dan rakyat Sarawak.

5 1 vote
Article Rating
+ posts
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments